CooL FrienDs

Sunday, August 4, 2013

JODOH

Assalammualaikum 

Bismillah..

Hari ni sha ingin berkongsi sikit tentang jodoh. ma: "belum habis belajar dah pndai cakap pasal jodoh ni ye" sy"hehe" bila kita mula meningkat remaja, hati kita mula terdetik ingin memiliki seorang kekasih untuk di jadikan tempat luahan isi hati (dengar masalah,berkongsi pendapat) sebagai peneman hidup... sha sendiri mengaku sha sebagai manusia biasa pun terdetik dalam hati ingin memiliki pasangan hidup. aicewah hehe..

tapi kadang-kadang kita terlalu memikir soal jodoh hingga kita menjadi lalai. lalai yang bagaimana? bila terlalu banyak memikirkan soal jodoh secara sikit demi sedikit kita akan lupa kepada pencipta kita, sebab kita terlalu sibuk memikir perkara lain. 

ye..jodoh memang perlu di cari seperti kita mencari rezeki. tapi biarlah ia seimbang. macam mana hendak seimbangkan ia? kita boleh berusaha melalui doa, dalam masa yang sama kita boleh minta biodata orang yang kita suka, kenal dia mengikut cara islam. sebab islam melarang kita berpacaran or ayat gempat sikit couple.. 

sebelum kita menyerah hati kita ni kepada yang halal,apa kata kita serah dulu hati ini pada sang pemilik hati kita yang sebenar-benarnya.(ALLAH) bila kita serah segalanya kepada Allah in shaa allah allah akan pertemukan kita dengan jodoh kita yang sebenar. teruskan berdoa, dikir positive tentang tuhan mu. ada kebaikan yang menanti kita di hadapan. 

wahai bakal suami ku (tida k kira siapa pun awk..)

jagalah solat mu, kerana kita ingin membina sebuah masjid dengan menguna tiang. tiang itu lah solat yang kita dirikan. saya nak rumah yang kita bina kukuh dengan benteng solat dan agama yang kuat. 

wahai iman ku..

saya tidak kisah awak bukan tok iman di masjid. asalkan awak boleh jadi imam saya di rumah untuk saya dan anak-anak nanti. saya tak kisah awak hanya pandai baca ayat lazim dalam solat, tak mengapa, pelahan-lahan kita beljar surah-surah dalam al-quran bersama-sama ye.. 

wahai ayah kepada bakal anak-anak ku

jagalah akhlak mu, saya mahu anak-anak kita mencontohi kita menjadi orang yang soleh/solehah, walaupun kita pada masa sekarang kita masih jahil mengenai agama, tak mengapa, kita sama-sama belajar nanti ye. saya harap pada masa sekarang ni awak menjaga batas-batas pergaulan awak. sebab sekarang saya tengah berusaha menjadi yang terbaik buat awak.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...