CooL FrienDs

Thursday, July 11, 2013

Ini yang aku tercari-cari selama ini

assalamualaikum

bismillah..

first entry. sementara menunggu sahur, sha terasa ingin menulis sesuatu.sebelum ni kalau kawan-kawan dari zaman sekolah atau kawan masa diploma uitm segamat johor yang mana pernah mengenali diri ini pasti tahu sha seorang gadis yang bagaimana. sha dari kecik sampai la umor 20tahun sha kalau pakai tudung confirm celup- celup (kejap pakai, kejap tak). "memang tak beristiqomah.haih." 

even sha pakai tudung celup-celup, tapi tak ada la sampai sha pakai pakaian yang melampau. maksudnya pakai pakaian yang sexy gilest habis. cuma baju ketat, singkat atas buntut, seluar ketat tapi sha tak pernah pakai seluar tiga suku bila keluar jalan-jalan. 

masuk universiti sem ke-4( diploma) macam tu la sha mula pakai tudung dan beristiqomah. tapi satu jelah, even sha pakai tudung sha masih pakai pakaian yang ketat-ketat, tudung jarang hurm. "jahilliahnya aku masa tu". sha setiap hari kalau solat sha mesti akan berdoa "ya Allah ya tuhan ku, kau berilahkan aku pertunjuk hidayahMu agar aku kembali ke jalan Mu yang benar dan di redha Mu ya Allah." lama juga sha berdoa.tak pernah putus asa, satu hari, hari malidur rasul 2012 mak sha beli tudung labuh warna puteh kat sha. 

malidur rasul 2012
dua hari sebelum hari malidur rasul mak ajak sha ikot menyambut hari malidur rasul di stadium. pada petangnya mak ajak ikot dia g beli tudung. masa beli tudung tu, mak beli satu tudung warna puteh kat sha. labuh bidang 50. sha tak cakap apa-apa masa mak belikan. tah la,. time tu macam tak kisah even mak belikan sha tudung labuh. kalau sebelum ni mak nk beli tudung besar-besar je mesti sha cakap" ish awat besaq sgt ni, labuh lak tu, mcm ustazah aih"... "aduh kolotnya la akal aku time tu haihhh"

pada hari malidur rasul, sha pun pakai la tudung labuh yang mak beli kan tu dengan jubah warna hitam. bila pakai masyaallah selesanya. rasa best sangat. tak tergambar perasaan seronok,selesa bila pakai macam. start hari tu sha mula beli tudung labuh bidang 50, dengan selendang yang bidang besar dan tak jarang. sha dah mula start pakai baju longgar, pakai sarung tangan, sarung kaki. 

first impression 
masuk degree sem ke-4 sha mula ke kelas dengan tudung labuh, jubah, bersarung tangan, sarung kaki. semua kawan-kawan terkejut dan tertanya-tanya, kenapa sha boleh berubah macam ni? sha jawab" aku dah berhijrah sambil senyum" kawan-kawan yang lain cakap "alhamdulillah" yeay ada orang support saya. hehehe

masa sha part 3(degree) sha dapat housemate dari background sekolah agama, masyaallah sedapnya mata memandang bila tengok mereka berpakaian. manis sopan. tudung labuh(jilbab) dari situ juga la sha mula ambil langkah pertama nak berubah jadi muslimah sejati. bila sha dah berubah,berhijrah, kalau boleh sha nak kawan-kawan, sahabat-sahabat sha berubah jugak. kalau sha masuk syurga sha nak dia orang juga masuk syurga macam sha juga. tapi sha banyak benda lagi perlu sha belajar. yela orang baru berhijrah kan. :-) 

sha harap kawan-kawan sha pun mula berubah sikit demi sikit. sha pun bukan drastik terus pakai tudung labuh semua ni, sha mula dengan consistent pakai tudung,(even jarang time tu dengan baju ketatnya) lepas tu baru berubah pakai tudung labuh dan baju yang longgar. dalam pada masa yang sama sha belajar menjaga akhlak sebagai seorang wanita muslimah. 

diri ini sebelum berhijrah 



malidur rasul 2012 diri ini mula berhijrah. 
first day pakai tudung labuh dan berjubah. alhamdulillah 
hidayah dari Allah 

kalau saya masuk syurga saya nak orang-orang saya sayang masuk syurga juga
ayuh kita berubah mencari keredhaan illah. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...