CooL FrienDs

Saturday, July 20, 2013

Tanda Allah sayangkan kita

Assalammualaikum


Bismillah...

masalah adalah perkara normal di dalam hidup kita. tidak ada manusia tidak pernah ada masalah di dalam dunia ni, sama ada masalah itu kecik atau masalah itu besar. setiap orang ada cara tersendiri menanggani masalah mereka. sama ada mereka terima masalah itu dan selesaikannya atau dengan mengambil cara mudah lari dari masalah itu.  

bagi orang yang beriman (orang islam) apabila tuhannya (ALLAH) merindui hambanya, Allah akan mengirimkan malaikat jibril untuk menghantar hadiah kita iaitu berupa ujian. ujian adalah salah satu tanda Allah sayangkan hambanya. cuma kita sebagai hambanya kadang-kadang kita mengeluh(fikiran negative)  dengan ujian ALLAH. kita menyoal "kenapa kau uji aku yaallah, kenapa tidak orang lain". ada setengah itu ada yang marah,benci bila ujian datang kepadanya, "ee..meluat aku, awat banyak sgt masalah tak tau, OR " ish time-time macam ni la nk sakit itu ini dh la esk hari penting grr.!!" itu adalah salah satu contoh darinya, 

bagi orang yang berfikiran positive pula akan berfikir ujian atau masalah yang di hadapinya sebagai satu hadiah atau tanda sayangnya Allah kepadanya. ujian juga salah satu cara Allah mengurangkan dosa-dosa kecil kita. di sebalik ujian terdapat rahmatnya. kepada sahabat-sahabat saya, jangan la mengeluh bila kita di landa dengan masalah atau ujian dari Allah. Allah rindu dengan tangisan kita. sebab itu Allah uji kita. selain itu juga, Allah ingin menguji iman kita. Allah juga ingin kita menjadi hamba yang kuat,tabah.. la tahzan

sha masa dulu (zaman jahiliah sebelum sha berhijrah) sha selalu juga mengeluh bila tuhan uji sha dengan masalah or ujian yang berat. kadang-kadang sha give up dengan ujian Allah. betapa rapuh iman sha time tu.masyaallah.. sha tidak kata iman sha kuat sekarang ni. cuma lebih baik dari sebelum ni. alhamdulillah.. sha banyak baca buku-buku motivasi, dengar ceramah agama, berkawan dengan kawan yang banyak pengetahuan agama dari sha. dari situ lah sha cuba bangkit dan face sha punya problem and sha mula fikir positive setiap ujian Allah beri pada sha. 

kepada kawan-kawan sha, sahabat-sahabat sha.. jangan sedih-sedih bila ujian yang besar melanda hati or hidup kita. mungkin kita nampak sesuatu perkara itu baik untuk kita, tapi Allah lagi maha mengetahui mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita. sebagai contoh: kita baru putus cinta, mungkin couple kita tu bukan jodoh yang sebenar  untuk kita or mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. dan mungkin juga Allah menarik dia jauh dari kita sebentar untuk diri kita dan dia untuk sama-sama berubah menjadi orang yang lebih baik ( jadi yang soleh dan solehah, perbaiki akhlak,agama kita).. mana kita tahu kan. setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. 

"yaallah ya tuhan ku, kuatkan lah hati dan diri ini menerima segala ujian dari mu, yaallah andai ujian yang kau berikan kepadaku ini untuk menghapus dosa-dosa kecil ku, menjadikan ku hamba yang kuat dan tabah pada hari mendatang, aku redha yaallah.. yaallah sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba mu ini. kuatkan lah aku yaallah.. kuatkan lah aku yaallah.. kuatkan lah aku yaallah dengan ujian-ujian ini." Aminn... 






Friday, July 19, 2013

Muhasabah diri

Assalammualaikum

Bismillah 

kita sebagai hamba Allah sememangnya tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. kerana kita bukannya bersifat maksum. setiap masa dan saat mungkin kita melakukan salah atau dosa tanpa kita sedar. sebagai contoh facebook. sebagaimana kita ketahui, facebook tempat menyampai pelbagai jenis informasi. post mengenai islamik, business, dan ada juga post benda-benda laqho (contoh: wanita islam yang tidak menutup aurat dengan baik,gambar-gambar artis yang sexy, post maki-maki....) 

kita kadang-kadang suka menangguh untuk bertaubat. sebab apa kita jadi macam tu? sebab kita selalu fikir." owh aku muda lagi, nanti tua lah aku bertaubat, sekarang enjoy la dulu sementara masih muda". confirm ke kita mati tua nanti?? ajal,rezeki,jodoh adalah rahsia Allah. kita tahu apa yang tuhan telah rancang pada kita. mungkin kita mati muda, or mungkin kejap-kejap lagi. kita tak tahu. kita sebagai hamba Allah kena selalu bersedia. bersedia macam mana? memperbanyakkan melakukan solat wajib, solat taubat, solat sunat (tahjud,dhuha...), zikir,sedekah..amalan-amalan yang mampu topup pahala kepada kita atas dosa-dosa yang kita buat selama ni dengan sedar atau tanpa sedar. 

sha kadang-kadang selalu terpikir macam mana aku mati nanti? macam mana keadaan mayat/jenazah ku? apakah seksaan kubur bakal ku terima? bagaimana saat malaikat izrail datang mencabut nyawaku? sakitkah? peritkah? menitis air mata bila mengingati mati. masih belum cukup taubat dan amalan yang di buat untuk di bawa pulang mengadap illahi. malu rasa diri ini bila di diselubungi dengan dosa. memikir soal mati juga akan membawa pahala kepada kita dan secara tidak langsung membuka pinta hati kita untuk bertaubat, 

sha bersyukur sangat Allah memanggil sha pulang kembali ke jalan yang redhainya. masih memberi peluang kepada sha untuk bertaubat, membuka pintu hati untuk memilih akhirat dari memilih dunia yang menjadi tempat menguji iman. 

kalau sha berubah ke arah kebaikan untuk ke syurga,, sha nak ajak keluarga, kawan-kawan, sahabat-sahabat sha turut berubah menjadi baik dan masuk syurga bersama. 





Thursday, July 11, 2013

Ini yang aku tercari-cari selama ini

assalamualaikum

bismillah..

first entry. sementara menunggu sahur, sha terasa ingin menulis sesuatu.sebelum ni kalau kawan-kawan dari zaman sekolah atau kawan masa diploma uitm segamat johor yang mana pernah mengenali diri ini pasti tahu sha seorang gadis yang bagaimana. sha dari kecik sampai la umor 20tahun sha kalau pakai tudung confirm celup- celup (kejap pakai, kejap tak). "memang tak beristiqomah.haih." 

even sha pakai tudung celup-celup, tapi tak ada la sampai sha pakai pakaian yang melampau. maksudnya pakai pakaian yang sexy gilest habis. cuma baju ketat, singkat atas buntut, seluar ketat tapi sha tak pernah pakai seluar tiga suku bila keluar jalan-jalan. 

masuk universiti sem ke-4( diploma) macam tu la sha mula pakai tudung dan beristiqomah. tapi satu jelah, even sha pakai tudung sha masih pakai pakaian yang ketat-ketat, tudung jarang hurm. "jahilliahnya aku masa tu". sha setiap hari kalau solat sha mesti akan berdoa "ya Allah ya tuhan ku, kau berilahkan aku pertunjuk hidayahMu agar aku kembali ke jalan Mu yang benar dan di redha Mu ya Allah." lama juga sha berdoa.tak pernah putus asa, satu hari, hari malidur rasul 2012 mak sha beli tudung labuh warna puteh kat sha. 

malidur rasul 2012
dua hari sebelum hari malidur rasul mak ajak sha ikot menyambut hari malidur rasul di stadium. pada petangnya mak ajak ikot dia g beli tudung. masa beli tudung tu, mak beli satu tudung warna puteh kat sha. labuh bidang 50. sha tak cakap apa-apa masa mak belikan. tah la,. time tu macam tak kisah even mak belikan sha tudung labuh. kalau sebelum ni mak nk beli tudung besar-besar je mesti sha cakap" ish awat besaq sgt ni, labuh lak tu, mcm ustazah aih"... "aduh kolotnya la akal aku time tu haihhh"

pada hari malidur rasul, sha pun pakai la tudung labuh yang mak beli kan tu dengan jubah warna hitam. bila pakai masyaallah selesanya. rasa best sangat. tak tergambar perasaan seronok,selesa bila pakai macam. start hari tu sha mula beli tudung labuh bidang 50, dengan selendang yang bidang besar dan tak jarang. sha dah mula start pakai baju longgar, pakai sarung tangan, sarung kaki. 

first impression 
masuk degree sem ke-4 sha mula ke kelas dengan tudung labuh, jubah, bersarung tangan, sarung kaki. semua kawan-kawan terkejut dan tertanya-tanya, kenapa sha boleh berubah macam ni? sha jawab" aku dah berhijrah sambil senyum" kawan-kawan yang lain cakap "alhamdulillah" yeay ada orang support saya. hehehe

masa sha part 3(degree) sha dapat housemate dari background sekolah agama, masyaallah sedapnya mata memandang bila tengok mereka berpakaian. manis sopan. tudung labuh(jilbab) dari situ juga la sha mula ambil langkah pertama nak berubah jadi muslimah sejati. bila sha dah berubah,berhijrah, kalau boleh sha nak kawan-kawan, sahabat-sahabat sha berubah jugak. kalau sha masuk syurga sha nak dia orang juga masuk syurga macam sha juga. tapi sha banyak benda lagi perlu sha belajar. yela orang baru berhijrah kan. :-) 

sha harap kawan-kawan sha pun mula berubah sikit demi sikit. sha pun bukan drastik terus pakai tudung labuh semua ni, sha mula dengan consistent pakai tudung,(even jarang time tu dengan baju ketatnya) lepas tu baru berubah pakai tudung labuh dan baju yang longgar. dalam pada masa yang sama sha belajar menjaga akhlak sebagai seorang wanita muslimah. 

diri ini sebelum berhijrah 



malidur rasul 2012 diri ini mula berhijrah. 
first day pakai tudung labuh dan berjubah. alhamdulillah 
hidayah dari Allah 

kalau saya masuk syurga saya nak orang-orang saya sayang masuk syurga juga
ayuh kita berubah mencari keredhaan illah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...