assalammualaikum
masyaallah lamanya sha tak update blog ni,, fuh fuh,,, berhabuh,uhuk uhuk batuk hehe
sha
sambung degree sekarang. nak kata busy.. err busy la juga. banyak kena
keluar pergi buat research. report pun bertimbun-timbun la, dengan
presentation lagi. masyaallah.. saja nak buat ayat busy hehehe..
actually ada ja waktu free nak keluar hang out dengan kawan-kawan.
opppsss..!! no boyfriend.
berbalik pada tajuk entry sha
kali ni, sha nak cerita sikit pasal sha sebelum ni. sebelum ni sha
mengaku sha memang not totally bertudung. start umur 20 sha baru
totally bertudung. sha di ajar untuk pakai tudung masa sha umur 11tahun.
time tu kecik lagi. kejap pakai.kejap tak. perkara ni berlarutan hingga
sha habis SPM. di sebabkan kejap pakai tudung,kejap tak.. baju yang sha
pakai pun agak kurang ehem.ehem.. ketat.pendek.seluar ketat.ish ish
ish.. zaman jahiliah dlu.. hmmm
masa sha diploma dekat
UITM Segamat.. alhamdulillah sha sangat bersyukur kerana Allah temukan
sha kawan-kawan yang baik yang sentiasa menunjuk akhlak yang baik.
mereka sentiasa bagi dorongan dan semangat bila sha nak berubah. terima
kasih nad and nuswatun. masa awal diploma sha masih celop-celop pakai
tudung. hanya di uitm je sha pakai. bila balik kedah, sha dah buka
tudung balik. until umur sha 20. sha memang bertekad nak pakai tudung
sepenuhnya..
lepas diploma alhamdulillah sha dapat
sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi ia itu peringkat ijazah
sarjana muda,. dan sekali lagi sha bersyukur tuhan kurniakan sha
kawan-kawan yang baik yang kebanyakan housemate sha budak sekolah agama.
sha sangat tertarik bila mereka berjilbab atau bertudung labuh. mereka
juga sentisa mendorong sha agar kekal bertudung dan terus ikhlas
betudung demi allah..
cuti sem baru-baru ni. semasa
menyambut malidur rasul. sha beli tudung labuh berwarna putih sebagai
titik permulaan sha untuk bertudung labuh. alhamdulillah sha sgt selesa
bila bertudung labuh. sangat selesa. syukur.
sha berhijrah sebab dua perkara.
pertama kerana tuhan ya robbi.
bila besar panjang macam ni. sha mula berfikir lebih mendalam. sampai bila sha nak pakai tudung celop-celop?? tuhan
sentiasa sayang sha tapi sha tak pernah ikot printahNya.. dan tahun ni.
sha berubah demi mencapai keredhaanNya... hidayah perlu di cari bukann
di tunggu. dan sha juga menyimpan hajat ingin menjejak kaki kerumah
Allah. mekkah
kedua kerana ayahku
dosa
anak perempuan di tanggung oleh ayahnya. sha dah tak sanggup biar ayah
sha tanggung dosa sha lagi. sha sayang kan abah sha. sha berhijrah demi
dia. demi Allah..







No comments:
Post a Comment